SYARIKAT AZIE GLOBAL ENTERPRISE merupakan salah satu syarikat milik AZIE COMMUNICATION ENTERPRISE yang dimiliki sepenuhnya oleh anak melayu bumiputra yang mana syarikat ini giat menjalankan urusan perniagaan didalam bidang perladangan, penternakan, pembekalan, Pembuatan, pencetakan dan pengangkutan khususnya didalam bidang perladangan serta penternakan.
SYARIKAT AZIE GLOBAL ENTERPRISE ini ditubuhkan pada 17hb Dec 2008 atas dasar melancarkan lagi urusan dan perjalanan operasi syarikat bagi segala perkara berkaitan pemasaran, pembekalan dan pengangkutan khususnya bagi tujuan perladangan, penternakan, pembuatan dan pengangkutan.
SYARIKAT AZIE GLOBAL ENTERPRISE yang diusahakan bersama kakitangan bumiputra islam serta berpengalaman keseluruhannya, mampu memberikan jaminan yang tinggi kepada semua produk pengeluaranan syarikat bermula dari seawal ternakan sehinggalah kebahagian yang siap sedia diproses agar sentiasa didalam piawaian mutu yang bersih dan dijamin halal agar mampu menyediakan dan memenuhi kekurangan pasaran produk halal yang diusahakan oleh pengusaha bumiputera islam dimalaysia.